Kisah Seram dari Langkawi
Assalamualaikum semua.
Dah lama rasanya x update blog ni.
Alhamdulillah, harini aku berkelapangan untuk menulis blog ini.
Aku cuma nak sampaikan satu cerita, daripada seorang rakan aku dari Kedah.
Sebuah kisah seram yang aku sendiri tak pasti apakah ianya benar atau tidak.
Apa-apapun kita ikuti sahaja kisahnya.
Kisah dari seorang gadis yang sebaya dengan aku, yang bernama Nabila.
"Apa khabar semua? Tidak perlu diterangkan siapakah nama aku kerana saudara admin telahpun memperkenalkan siapakah aku. Tetapi agak biadap jika aku memulakan cerita tanpa menceritakan serba sedikit latar belakang aku.
Aku adalah salah seorang pelajar praktikal perubatan di Kedah. Alhamdulillah, aku lulus dan dibenarkan menjalankan praktikal di Hospital Alor Setar. Aku selesa melayan kerenah pesakit di situ kerana jururawat sememangnya cita2ku. Lama-kelamaan, aku berjaya menjadi seorang jururawat hasil titik peluhku.
Suatu hari, aku dimaklumkan bahawa aku akan dipindahkan ke cawangan Langkawi. Rakan2 sekerja berasa cemburu denganku kerana aku berpeluang ke tempat yang agak seronok untuk bekerja. Aku sekadar senyum sahaja, tidak timbul perasaan riak di situ. Pada aku, kalau aku dipindahkan ke Shanghai sekalipun, aku masih seorang jururawat,bukannya akan menjadi doktor fisioterapi mahupun pakar.
Setibanya di Langkawi, aku disambut baik oleh rakan2 sekerja yang baru. Mereka kagum dengan pengalaman kerja aku di tempat lama. Aku dibawa ke asrama jururawat sebaik sampai di Hospital Langkawi. Asramanya agak tersorok dari pandangan umum, mungkin untuk privasi agaknya. Sekali-sekala aku merasa seram melihat juntaian pokok duit-duit turun melayut dari pokok jati sebesar 2 pemeluk berdekatan asrama itu, kerana ianya seakan2 rambut wanita yang diterbangkan angin.
Keadaan agak biasa hinggalah pada waktu malam. Kawan2ku sibuk menanyakan itu dan ini, dan aku selesa melayan pertanyaan mereka, hinggalah salah seorang daripada mereka mula menceritakan tentang "seorang nenek". Takde sape tahu siapa nenek ni dan dari mana dia datang. Nenek misteri ini suka sangat basuh baju tengah2 malam, krukk krakkk krukk krakk bunyi berusnya. Yang seramnya ialah baju yang dia basuh tu sampai berdarah-darah. Selalunya mana2 jururawat yang terserempak nenek ni kat tandas akan lari lintang pukang, dan demam histeria esoknya. Aku ingin bertanyakan lebih, tetapi perbualan kami diganggu oleh mak guard yang mula menyuluh2 bilik kami menyuruh kami tidur. Aku pun mula berselimut dalam keadaan tanda tanya.
zzzzzZZZZZzzzzz
3.00pagi,
Aku terjaga. Tiba2 rasa hendak buang air pula. Arghh, ni mesti sebab minum air sirap yang Intan beli tadi. Aku teringat semula, air sirap yang tak habis itu dilemparkan ke bawah kerana tak larat nak habiskan. Aku mengejutkan Intan untuk menemaniku ke tandas, tapi dia langsung tak layan. Aku kejutkan Suraya pulak, tapi dia tidur mati. Aku menjengukkan diriku keluar bilik. Ternyata lampu tandas menyala. Yes, aku tak berseorangan.
Apabila aku masuk, aku terlihat ada kelibat sedang membasuh baju. Harum baunya. Hmm. Tapi perasaan buang air membuatkan aku bergegas menyelesaikannya terlebih dahulu.
Aku keluar semula ke kawasan basuh baju, dan terlihat seorang wanita 60-an sedang mencuci baju,dan aku nampak dengan mataku sendiri air yang digunakannya merah seperti darah, melimpah2 di lantai. Aku rasa seram sejuk seakan2 terpaku di situ, tapi aku seakan2 dipaku di situ. Aku ingin menjerit, tetapi aku seakan terpukau dengan bau yang harum itu. Aku terus bertanyakan "Bau apa yang harum ni, nek?"
Nenek itu tidak mempedulikan aku. Aku tidak puas hati lalu mengulang soalan yang sama. Dia masih buat muka sardin. Aku hilang sabar lalu menolak nenek itu hingga tersadung dia dibuatnya. Dengan mata yang merah, dia memandang aku dengan senyuman yang menakutkan kerana dihiasi kedut seribu di mukanya.
"Ya Allah, apa aku buat ni???" Aku dah mula menyesal tolak nenek tu.
Dia mara ke arahku lalu menjawab dengan suara yang seriau,
"CU, ITULAH BAU SABUN FAB BARU DENGAN SERIBU HARUMAN"
LOLOLOLOLOLXD Esoknya aku terserempak lagi dengan nenek tu. Rupanya dialah mak guard kami. Punyalah sibuk rawat orang, sampai mak guard pon xprasan. Dia sempat lagi berpesan kepadaku, "Pesan kt kawan kamu tu, jangan suka buang air sirap ke bawah. Bukan main susah nak sental bila jatuh kat baju makcik.
Haha, sekian sahaja kisahku dengan "nenek yg misteri" tu. Tak guna punya member. Misterilah sangat. Apa2 pun thanx kpd admin kerana sudi menyiarkan kisah ini di blog beliau. Arigato gozaimas, admin."

Nabila
(bukan nama sebenar)