-->

Cerita Hantu - Kisah Mael

 

- Halo.! Haku nak creta lagi satu kes yg berlaku kat member baik haku, nama dia mael. Taun yg terjadinya acara pengsan beramai2 tu, pihak skolah sebenarnya dah pun membina skolah baru tapi namanya plak ikut nama asal lah dan setahun selepas tu kami mula berpindah ke skolah baru dan skolah lama tu di tutup buat beberapa taun, tapi skang nie skolah lama tu di bukak balik untuk student hafiz.
Yang haku nak citer nih kejadian yg berlaku kat asrama baru. Selepas pondok pengawal, ada rumah warden dan jugak umah pengetua, pass tu baru la asrama kitaorg. Asrama kitaorg 3 tingkat dan 2 blok jee Bangunan A dan B. Tiap2 tingkat ada bilik air dan bilik membasuh kat ujung blok. Penah jugak pakcik jaga creta pasal asrama baru nih, kata pakcik tu, sebelum kami mula bepindah ke asrama baru, dia penah mengalami pekara2 ganjil, seram, menakutkan dan jugak ngeri. Katanya satu malam tu pakcik nie tengah bejaga tetiba dia ada nampak asrama tu berbunyi bising sangat, dia pun beranikan hati dan diri dia ntuk kluar dari bilik pengawal tu ntuk meninjau keadaan asrama, tapi sorang pun dia tak nampak, memang la pasal kami blom bepindah lagi kan dia beranikan jugak ati dia masuk ke kawasan asrama, tetiba dia nampak ada cahaya terang benderang dari blok A tingkat atas sekali dan diikuti plak bunyi orang perempuan mengilai. Lagi mau tunggu ka. Dia pun cabut la. Dan selepas kejadian tu, pakcik jaga tu mengalami pekara yg sama pada malam seterusnya. Itu yg haku dengar dari mulut pakcik jaga tu
Ok, berbalik plak kat creta member haku yg bernama mael nih, Mael bilik dia di tingkat atas blok B, haku plak tingkat bawah skali, blok yg sama. Bilik mael nih bersebelahan dengan bilik membasuh dan sebelahnya plak toilet. Bilik2 kat asrama tu dicampur2 studentnya, dari form 1 sampai la form 6, so kami tak la risau sangat, pasal ada senior. Satu bilik boley muat sampai doplo org, so nak takut hapa kan?
Hari terus berlalu tanpa ada gangguan atau apa2 sebarang kejadian yg diingini. Tiba la satu malam, haku tak ingat hari apa, tapi esoknya tu kena pegi skolah la, maknanya bukan hari cuti umum. Malamnya selepas prep, kitaorg masing2 balik ke bilik masing2 lah, biasanya lampu bilik musti dipadam tepat kul 11.00 malam. Tapi biasa la walaupun lampu bilik padam, tapi suara2 gelak ketawa memember still bunyi lagi, suasana setiap bilik biasanya meriah lah time tu, Cuma kalau dah masuk kul doblas atau kul 1 keadaan dah semakin sunyi. Haku cam biasa, tido kat tempat haku lah..
Bila haku bukak mata pagi tu, keadaan jadi huru hara skit haku tanya member sebelah, pangkat abg la, apa hal bising2 nih, dia cakap ada org jumpak hantu, Sapa? dia jawap mael! Terkejut cipan sekejap pagi tu haku..dan hari tu kami diberi cuti separuh hari eheh.! Pasal mael still tak sedar dari pengsannya itu. Tempat yg mael jumpak hantu tu ialah toilet sebelah bilik dia.. dan bilik tu dikuarantinkan untuk beberapa taun.
Selang beberapa taun, kami still kat asrama tu lagi, time kami dah pun masuk form 5, kira otai skit la. Haku ngan mael duduk satu bilik, satu malam tu haku Tanya si mael camana yg dia boley jumpak hantu tu dan camana rupa hantu itu! Selepas mendengar soalan haku, mael jadi terkedu, dia tenung muka haku lama2, cuak jugak la haku pass tu dia sambung.
Malam kejadian tu, si mael nie bangun, katanya time tu pun agak2 dah nak subuh, kul 5 camtu lah dia rasa nak mengucilkan diri dia, so dia tadak la plak nak rasa takut atau hapa, dan tak terlintas di buah pinggang dia perkara2 hantu mantu nih. Dia pun berjalan menuju ke toilet sebelah bilik membasuh tu. Dia langkah kaki masuk ke dalam, tapi sebelum tu suis lampu dia on kan dulu, so, suasana terang la dalam toilet, Mael bejalan masuk, sebelah kiri mael, bilik mandi, mael terus ke depan ke bilik termenung, setelah selesai hajatnya tu, dia pun ke sinki nak basoh muka, ya la dah nak pagi. Sampai saja dia kat sinki tu, bukak pili, air turun mencurah2, dia pun hambik air terus di sapukan kat muka dia tu 2,3 kali dia basuh muka mael dongakkan kepala tengok muka dia kat cermin sinki tu. Dia terpaku, apa yg mael nampak ialah seorang wanita yg berwajah buruk bermata merah sedang memerhatikan mael, apa yg mael creta lagi, wajahnya tu menggerutu dan gigi taring bawahnya panjang dari yg lain, rambut wanita tu sampai mencecah ke lantai, dan berpakain putih.. mael menjerit sekuat ati lalu menutup muka sambey berlari masuk bilik dia, abis satu bilik tekejut pagi tu
 Part yg haku heran skit ialah camana la dia buley lari dengan tutup muka tu, mael cakap dia sendri pun tatau camana dia buley lari masuk bilik dengan mata yg tertutup tu.. 

LihatTutupKomentar